KEKASIH BY THE MELVINS merupakan satu rangkaian perniagaan jenama kecantikan yang terkenal di Malaysia.
KEKASIH ditubuhkan pada 1 May 2019 yang diasaskan oleh 4 orang pengasas yang dikenali iaitu Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin & Syida Melvin.
Setelah dilancarkan sejak dua tahun yang lalu, KEKASIH telah menerima banyak penghargaan antaranya ialah NONA TOP 20, THE BEST IN LAUNCHING IMPLEMENTATION (SIFUBAD), GOLDEN CIRCLE BUSINESS AWARD 2021 (BYOND) &1 MILLION CASH RESERVED AWARD (BYOND).
Bukan itu sahaja, The Melvins Resources juga berjaya menarik perhatian satu Malaysia pada tahun 2019 semasa produk pertama kali dilancarkan pada 1 May 2019. Kekasih juga telah berjaya menjual sebanyak 471,000 kotak lipmatte & 275,000 kotak maskara dari May 2019 sehingga April 2021.
Anda yang nak mulakan bisnes secara part time atau pun full time.
Makteh
JUMLAH JUALAN KEKASIH KOSMETIK SELAMA 29 BULAN RM4,060,250
Mengimbau kembali perjalaanan bersama Kekasih The Melvins
Rasanya baru setahun jagung join #themelvinscircle ni.. Bukan apa, start join Mei 2019… sekarang Oktober 2021… baru 2 tahun 5 bulan kot tapi terlalu banyak kejayaan yg dikecapi bersama Kekasih
Sebelum ni kami kerja makan gaji… 14 tahun gak la kerja bawahan orang, apa orang suruh kita buat ja la tapi memang penat otak dan badan. Maklumla kerja juruaudit, selalu balik lewat malam, pegang kalkulator ja.. dalam kepala otak banyak pikiaq angka dan nomboq ja.. haha!
Tu belum masuk pi outstation lagi.. berminggu minggu berjauhan dengan keluarga.. pagi kerja, malam balik hotel, begitulah seterusnya sampai la berminggu minggu….mana tak stress badan dan otak wey!!
Shahnim,
Master Stokis
Alhamdulillah masuk October ni dah 2 tahun 5 bulan dengan Kekasih. Masih ingat lagi masa mula-mula nak buat Kekasih tanpa sebarang ilmu nak berniaga. Terkial-kial tak tahu nak mengemudi bisness hala mana.
Tapi yang seronoknya Kekasih sama-sama naik dan belajar dengan Kak Anem. Apa yang Hq belajar, Hq tak lokek bawak Kak Anem belajar sama. Mula dari 500 box sampailah ke 5k box boleh restock, semua hasil bersama Hq dan team Kak Anem #xoxorangers. Dari dulu sampai sekarang Hq masih lagi tak penat nak membantu Kak Anem grow, dari seorang yang tak ada confident dan pemalu kepada seorang yang lebih berani pada hari ini.
Syukur sangat dipertemukan dengan orang-orang yang sama-sama nak belajar,supaya jadi lebih baik dari dulu, yang berkembang dari duduk bawah tempurung, yang buka minda Kak Anem tentang pelbagai ilmu. Semua ni Kak Anem belajar dekat Kekasih. Mahal ilmu yang Hq kongsi dan silaturrahim yang Kak Anem jumpa dekat sini. MasyaAllah.
InsyaAllah, selagi diizinkan Allah, Kak Anem masih di sini bersama Kekasih sama-sama menyampaikan amanah untuk semua yang hendak belajar berniaga, berkembang dan berjaya. Terima Kasih Kakasih dan founders atas platform ini. Kerana Allah kita disini, kerana Allah juga kita teruskan. InsyaAllah.
Fatin Hanani,
Master Stokis
Atyn bermula sebagai agent dengan bermodalkan rm300 , niat sebenar untuk buat bussiness kekasih ialah nk buat topup duit tunang & kawen . Alhamdulillah dalam masa kurang 6 bulan dapat kumpul sebanyak rm15K untuk buat perbelanjaan kawen.
Atyn terus jadikan kekasih sebagai sumber pendapatan dan buat sungguh sungguh untuk capai segala big why atyn . Sebelum buat bussiness kekasih atyn bekerja sebagai salesgirl di butik tudung , masa tu gaji paling tinggi rm1500 .Alhamdulillah bila join bussiness kekasih ni atyn dah capai keuntungan bersih sampai 5 angka dan paling ialah rm40K satu bulan .
Genap setahun atyn bersama kasih , atyn dapat buka ofis / kedai . Atyn juga dapat merasa bersalin di hospital swasta selain tu atyn juga dapat berikan reward kepada #squadatyn tanpa atyn jangka nilainya.
Bukan tu saja, atyn juga dapat memberikan wang belanja kepada keluarga mak dan ayah setiap bulan.
Alhamdulillah dengan adanya kekasih atyn dapat buat simpanan dalam bank 4 angka setiap bulan.
Sekarang , squdatyn sudah semakin berkembang. Hari demi hari makin ramai orang baru dalam squadatyn, pada mulanya atyn hanya ada dropship sahaja . Alhamdulillah sekarang terlahirlah 2 orang super stokis & 7 orang stokis under #squadatyn .
Sepanjang atyn bersama kekasih atyn telah berjaya mendapat jumlah jualan sebanyak 2.5 juta dalam masa 2 tahun.
Masa kami outstation kat Barcelona, kami dok pikiaq sampai bila la nak kerja lagu ni.. dok kerja bawah orang. Gaji tak sampai 5ribu ja sebulan tapi kerja teruk! Haishhh.. pasni berenti ja la kerja… Haha senangnya bunyi..
Tapi masin mulut kami wey bila balik ja dari Barcelona, kami terus ambil keputusan drastik untuk resign pada tahun 2011. Jadi untuk isi masa lapang, kami tolong suami kat restoran jadi cashier sehingga la kami bersalin pada tahun 2015. Selepas bersalin, pergerakan agak terbatas untuk kerja di restoran yang mana keadaan persekitaran tak sesuai untuk bayi kecil.
Jadi apa kami buat, kami mula scroll internet dan terpikiaq untuk buat bisnes online. Dari menganga tak buat apa, lebih baik cari extra income. Sebenaqnya, kalau kami tak buat apa pon, duit poket sentiasa ada. Nak shopping, nak bagi mak duit belanja, nak bayaq rawatan kanser mak, teringin nak beli itu ini, pendek kata takdak masalah kewangan.
Cuma kami terpikiaq, perniagaan restoran yg sedia ada sekarang bukan jaminan akan bertahan selama lamanya. Manalah tahu sampai satu fasa, tetiba ekonomi merudum ka, kami ada masalah kewangan ka, kot kot suami pegi dulu dari kami ka dan macam macam lagi la pikiaq, haha! Oleh sebab itu kami bertekad, walaupun sekarang ni takdak masalah kewangan sekalipun, kena cari gak income untuk bersedia apa jua kemungkinan!
Jadi bermula tahun 2016, kami mula berjinak jinak dengan bisnes online, dengan menjual produk orang secara retails. Masa tu memang main redah jual produk orang guna ig ja dan memang takdak basic menjual. Tapi satu ja kami selalu buat, kami rajin spam ruangan komen yg kita ni juai produk (hahaha zaman jahil guna ig)
Suka duka juai produk orang ni memang banyak, dapat untung pun banyak, kena tipu dengan scammer pun banyak.. hahaha tapi biasala itu kan dugaan.. kalau takdak challenge mana best kan!!
Tahun 2017, bila kami kena tipu dengan sorang Founder (kami tak dapat stok lepas buat payment), kami terus stop bisnes online. Kami rehat dulu buat sementara waktu dan kami gunakan masa yang ada untuk belajar selok belok dunia bisnes online melalui kelas telegram secara online
Setelah lebih 2 tahun belajar kelas marketing secara online, kami beranikan diri mencuba nasib untuk juai produk Kekasih The Melvins bila dapat tahu Kekasih akan launching first baby depa iaitu Kekasih Lipmatte pada Mei 2019. Masa tu dok pikiaq ada ka yang nak beli dari kami sebab dah 2 tahun stop bisnes online tapi kami tawakkal ja la. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
Pengalaman yg tidak dapat dilupakan pada
1 Mei 2019 bertempat di Ruang Shah Alam, apabila kami terduduk melengung kerana stok lipmatte Kekasih dicatu dek sambutan yg sangat luar biasa sampai stok tak cukup!! Uishhh biaq betoi.. rasa macam tak cayaa!!
Siapa sangka pada permulaan niat beli stok Edisi Raya 2019 hanyalah 100 unit bermodaikan 2700 ringgit tetapi semuanya berubah 360 darjah bila juai produk Kekasih… Kalau sebelum ni nak dapat sales seribu pun sampai lebam jari main ig tapi dengan Kekasih, baru 2 tahun lebih boleh capai sales 4jutaaa!! Biaq betoi?? 1ribu ada 3 angka kosong.. normal la kan… ni sampai 6 angka kosong.. banyak kali gosok mata sebab tak caya….
Kalau sebelum ni memang tak pernah dapat reward bila buat sales, tapi dengan Kekasih, MashaAllah.. senangnya dapat reward.. berkat guna hastag jemaah #teamkekasihmakteh
Bermula bulan Jun 2019, kami dapat beg LV rega 7ribu… mahai tuuu.. seumoq hidup kami, tak penah lagi pakai beg rega camtu… sayang weyy duit beli mahai mahai letak kat bahu ja… Beg tu kami sayang tau! Kalau hujan turun, beg tu kami sorok bawah tudung asalkan beg tu tak basah kena ayaq hujan. Kami basah kena hujan takpa haha!
Bulan Ogos 2019, kami dapat cash reward 10ribu.. MashaAllah.. seumoq hidup kami tak penah lagi orang mai bedepan bagi 200 helai duit 50ringgit… kira kira punya kira sampai 10ribu!! Gila paaa founders ni… rasa nak nangis tapi sebab ramai orang tengok jadi malu.. terpaksa la tahan hihi…
Bulan September 2019 hingga Febuari 2020, kami dapat lagi reward yang tak masuk akal!! Tiket ke Italy dengan flight tiket & penginapan ditaja selama 8 hari 6 malam!! Ya Allah… nikmat apa yg kamu dustakan… terlampau banyaknya reward yang kami dapat sampai 4 tiket bernilai 29ribu sebab berjaya capai target sales sepanjang tempoh masa tersebut.
Oleh sebab kami dapat 4 tiket, 3 extra tiket tu kami hadiahkan kepada top super stokis kami yang sama sama berpenat lelah, tak jemu jemu support kami dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.
Bulan Mac hingga Ogos 2020 pula, kami dapat lagi reward yang memang super duper ohsem plus rasa hepi sangat sangat sampai taktau nak habag! Pakej umrah bernilai 20ribu untuk 2 orang!! Ya Tuhan… melimpah limpah rezeki yang dicurahkan sampai tak tertepis Untuk pakej umrah, 1 tiket tersebut kami hadiahkan kepada Top Super Stokis kami yang perform sepanjang tempoh masa challenge tersebut.
Bulan September 2020 hingga September 2021, reward sepanjang tempoh ni memang membuatkan kami jadi tak senang duduk. Ia berupa point yang boleh diredeem berdasarkan jumlah restok produk dengan KekasihHQ. Sehingga September 2021, kami telah berjaya mengumpul point yg melayakkan kami untuk redeem pakej renovation rumah yang bernilai 50ribu. Ya Allah, banyaknyaaa dan sampai sekarang kami tak sangka layak redeem jumlah sebanyak itu.
Jujur kami cakap, sepanjang kami juai produk orang, inilah pertama kali kami berjumpa dengan founders yang bonding dengan team, sediakan kelas marketing secara online setiap minggu, siap hire cikgu mengajaq lagi, bahan marketing yg diupdate setiap hari di telegram channel, beri reward kepada team yang bukan direct dengan HQ dan banyak lagi. Kelas online untuk leader leader pula toksah cakap la, tiap tiap minggu ada sampai penuh jadual… Tinggai nak join atau tak ja!
Kejayaan ini bukanlah hasil keja kami sorang diri dan semestinya hasil kerjasama SEMANGAT BERPASUKAN. Tanpa kerjasama berpasukan, jemaah #teamkekasihmakteh tidak akan sampai ke tahap ini. Di sebalik kejayaan ini, ada ahli ahli jemaah yang hebat dibelakangnya.. yang mendokong VISI dan MISI pasukan, yang menyemarakkan lagi semangat berjemaah dan mengeratkan tali silaturrahim.
Panjang lebaq pulak coretan kami… Kami nak habag pada hampa yang berbisnes online, walaupun dengan menjual produk orang lain, ketahuilah yang hampa juga boleh berjaya mencapai impian serta BIG WHY hampa. KUNCINYA IALAH TABAH, CEKAL DAN JANGAN GIVEUP dalam memegang halatuju bisnes hingga sampai ke destinasi. Percayalah dengan niat yang betul, hampa juga boleh lakukannya!!
Makteh – “Pengalaman adalah guru yang terbaik”