Masa kami outstation kat Barcelona, kami dok pikiaq sampai bila la nak kerja lagu ni.. dok kerja bawah orang. Gaji tak sampai 5ribu ja sebulan tapi kerja teruk! Haishhh.. pasni berenti ja la kerja… Haha senangnya bunyi..
Tapi masin mulut kami wey bila balik ja dari Barcelona, kami terus ambil keputusan drastik untuk resign pada tahun 2011. Jadi untuk isi masa lapang, kami tolong suami kat restoran jadi cashier sehingga la kami bersalin pada tahun 2015. Selepas bersalin, pergerakan agak terbatas untuk kerja di restoran yang mana keadaan persekitaran tak sesuai untuk bayi kecil.
Jadi apa kami buat, kami mula scroll internet dan terpikiaq untuk buat bisnes online. Dari menganga tak buat apa, lebih baik cari extra income. Sebenaqnya, kalau kami tak buat apa pon, duit poket sentiasa ada. Nak shopping, nak bagi mak duit belanja, nak bayaq rawatan kanser mak, teringin nak beli itu ini, pendek kata takdak masalah kewangan.
Cuma kami terpikiaq, perniagaan restoran yg sedia ada sekarang bukan jaminan akan bertahan selama lamanya. Manalah tahu sampai satu fasa, tetiba ekonomi merudum ka, kami ada masalah kewangan ka, kot kot suami pegi dulu dari kami ka dan macam macam lagi la pikiaq, haha! Oleh sebab itu kami bertekad, walaupun sekarang ni takdak masalah kewangan sekalipun, kena cari gak income untuk bersedia apa jua kemungkinan!
Jadi bermula tahun 2016, kami mula berjinak jinak dengan bisnes online, dengan menjual produk orang secara retails. Masa tu memang main redah jual produk orang guna ig ja dan memang takdak basic menjual. Tapi satu ja kami selalu buat, kami rajin spam ruangan komen yg kita ni juai produk (hahaha zaman jahil guna ig)
Suka duka juai produk orang ni memang banyak, dapat untung pun banyak, kena tipu dengan scammer pun banyak.. hahaha tapi biasala itu kan dugaan.. kalau takdak challenge mana best kan!!
Tahun 2017, bila kami kena tipu dengan sorang Founder (kami tak dapat stok lepas buat payment), kami terus stop bisnes online. Kami rehat dulu buat sementara waktu dan kami gunakan masa yang ada untuk belajar selok belok dunia bisnes online melalui kelas telegram secara online
Setelah lebih 2 tahun belajar kelas marketing secara online, kami beranikan diri mencuba nasib untuk juai produk Kekasih The Melvins bila dapat tahu Kekasih akan launching first baby depa iaitu Kekasih Lipmatte pada Mei 2019. Masa tu dok pikiaq ada ka yang nak beli dari kami sebab dah 2 tahun stop bisnes online tapi kami tawakkal ja la. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
Pengalaman yg tidak dapat dilupakan pada
1 Mei 2019 bertempat di Ruang Shah Alam, apabila kami terduduk melengung kerana stok lipmatte Kekasih dicatu dek sambutan yg sangat luar biasa sampai stok tak cukup!! Uishhh biaq betoi.. rasa macam tak cayaa!!
Siapa sangka pada permulaan niat beli stok Edisi Raya 2019 hanyalah 100 unit bermodaikan 2700 ringgit tetapi semuanya berubah 360 darjah bila juai produk Kekasih… Kalau sebelum ni nak dapat sales seribu pun sampai lebam jari main ig tapi dengan Kekasih, baru 2 tahun lebih boleh capai sales 4jutaaa!! Biaq betoi?? 1ribu ada 3 angka kosong.. normal la kan… ni sampai 6 angka kosong.. banyak kali gosok mata sebab tak caya….
Kalau sebelum ni memang tak pernah dapat reward bila buat sales, tapi dengan Kekasih, MashaAllah.. senangnya dapat reward.. berkat guna hastag jemaah #teamkekasihmakteh
Bermula bulan Jun 2019, kami dapat beg LV rega 7ribu… mahai tuuu.. seumoq hidup kami, tak penah lagi pakai beg rega camtu… sayang weyy duit beli mahai mahai letak kat bahu ja… Beg tu kami sayang tau! Kalau hujan turun, beg tu kami sorok bawah tudung asalkan beg tu tak basah kena ayaq hujan. Kami basah kena hujan takpa haha!
Bulan Ogos 2019, kami dapat cash reward 10ribu.. MashaAllah.. seumoq hidup kami tak penah lagi orang mai bedepan bagi 200 helai duit 50ringgit… kira kira punya kira sampai 10ribu!! Gila paaa founders ni… rasa nak nangis tapi sebab ramai orang tengok jadi malu.. terpaksa la tahan hihi…
Bulan September 2019 hingga Febuari 2020, kami dapat lagi reward yang tak masuk akal!! Tiket ke Italy dengan flight tiket & penginapan ditaja selama 8 hari 6 malam!! Ya Allah… nikmat apa yg kamu dustakan… terlampau banyaknya reward yang kami dapat sampai 4 tiket bernilai 29ribu sebab berjaya capai target sales sepanjang tempoh masa tersebut.
Oleh sebab kami dapat 4 tiket, 3 extra tiket tu kami hadiahkan kepada top super stokis kami yang sama sama berpenat lelah, tak jemu jemu support kami dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.
Bulan Mac hingga Ogos 2020 pula, kami dapat lagi reward yang memang super duper ohsem plus rasa hepi sangat sangat sampai taktau nak habag! Pakej umrah bernilai 20ribu untuk 2 orang!! Ya Tuhan… melimpah limpah rezeki yang dicurahkan sampai tak tertepis Untuk pakej umrah, 1 tiket tersebut kami hadiahkan kepada Top Super Stokis kami yang perform sepanjang tempoh masa challenge tersebut.
Bulan September 2020 hingga September 2021, reward sepanjang tempoh ni memang membuatkan kami jadi tak senang duduk. Ia berupa point yang boleh diredeem berdasarkan jumlah restok produk dengan KekasihHQ. Sehingga September 2021, kami telah berjaya mengumpul point yg melayakkan kami untuk redeem pakej renovation rumah yang bernilai 50ribu. Ya Allah, banyaknyaaa dan sampai sekarang kami tak sangka layak redeem jumlah sebanyak itu.
Jujur kami cakap, sepanjang kami juai produk orang, inilah pertama kali kami berjumpa dengan founders yang bonding dengan team, sediakan kelas marketing secara online setiap minggu, siap hire cikgu mengajaq lagi, bahan marketing yg diupdate setiap hari di telegram channel, beri reward kepada team yang bukan direct dengan HQ dan banyak lagi. Kelas online untuk leader leader pula toksah cakap la, tiap tiap minggu ada sampai penuh jadual… Tinggai nak join atau tak ja!
Kejayaan ini bukanlah hasil keja kami sorang diri dan semestinya hasil kerjasama SEMANGAT BERPASUKAN. Tanpa kerjasama berpasukan, jemaah #teamkekasihmakteh tidak akan sampai ke tahap ini. Di sebalik kejayaan ini, ada ahli ahli jemaah yang hebat dibelakangnya.. yang mendokong VISI dan MISI pasukan, yang menyemarakkan lagi semangat berjemaah dan mengeratkan tali silaturrahim.
Panjang lebaq pulak coretan kami… Kami nak habag pada hampa yang berbisnes online, walaupun dengan menjual produk orang lain, ketahuilah yang hampa juga boleh berjaya mencapai impian serta BIG WHY hampa. KUNCINYA IALAH TABAH, CEKAL DAN JANGAN GIVEUP dalam memegang halatuju bisnes hingga sampai ke destinasi. Percayalah dengan niat yang betul, hampa juga boleh lakukannya!!
Makteh – “Pengalaman adalah guru yang terbaik”